Sunday, September 1, 2013

9 MAKANAN KULIT MUKA

Siapa yang tidak mahu kulit muka yang cantik bersih,mulus gebu dan pastinya membuatkan setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita tertawan.Sebenarnya,bukan sahaja luaran yang perlu diberi perhatian,tetapi faktor kecantikan dalaman itulah sebenarnya yang membangkitkan aura seri secara semulajadi tanpa perlu menggunakan produk berjenama dan dijual pada harga yang terlalu mahal.Jadi,apa kata anda cuba beberapa makanan yang boleh dijadikan sebagai rutin harian untuk kecantikan berpanjangan.

1) BERI
Vitamin C adalah faktor penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan buah beri memilikinya.Daripada buah strawberi hinggalah kepada buah beri hitam,vitamin yang terkandung didalamnya akan membantu membina gentian kolagen supaya kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan juga sangat tinggi dalam buah beri selain membantu mengatasi masalah keradangan sama ada anda mengambil smoothie beberapa strawberi setiap hari,ia mencukupi untuk mendapatkan sumber kulit yang sihat.

2) BIJIRIN

                                                 

Walaupun bijirin rendah pada indeks glisemik ini menyebabkan kenaikan gula dalam darah,tetapi ia juga membantu dalam mengekalkan awet muda,penampilan yang sihat di saat anda berusaha menjaga kulit.



3) KENTANG




Kentang memberikan jumlah nutrien yang diperlukan oleh badan.Kandungan zink yang tinggi dan vitamin C turut membantu dalam mewujudkan lebih banyak elastin dalam kulit,memberikan kulit muda,sihat dan cergas setiap masa.

4) MANGGA


membantu mengekalkan kulit dah wajah keseluruhan kerana tahap antioksidan yang tinggi membantu melawan radikal bebas.Bermakna anda tidak akan mengalami masalah kulit pramatang atau penuaan kulit pada usia muda.

5) YOGURT


Protien yang tinggi di dalam yogurt membantu menjadikan kulit lebih anjal. Yogurt Yunani dikatakan sangat bagus kerana mengandungi lebih daripada 2x ganda jumlah protien dan tinggi serat sebagai campuran tetap yogurt yang anda makan.Sebagai manfaat tambahan,terdapat beberapa perisa yang hebat dan anda boleh menjadi kreatif dengan menambah beberapa buah beri atau madu untuk rasa lebih sedikit.

6) AVOKADO


Buah ini bukan sahaja digunakan dalam banyak produk muka,tetapi kulit serta buah avokado sangat tinggi dengan vitamin B. Niacin (b-3) yang terkandung didalamnya membantu mendapatkan kulit licin,sihat,mengatasi kulit gatal,merah atau bengkak.Jika anda ingin mencuba, anda boleh menjadikan ia salad,smoothie atau sebagai rawatan muka.Bahan-bahan semula jadi di dalam avokado itu membantu dalam penampilan keseluruhan kulit anda.

7) KEJU COTTAGE


Ia mengandungi Selenium dan Vitamin E, yang dapat membantu melawan radikal bebas serta menyediakan antioksidan yang tinggi untuk mendapatkan kulit sihat. Ada juga laporan mendakwa keju cottage boleh membantu mencegah beberapa jenis barah jika dimakan sebagai sebahagian daripada pelan diet yang sihat.

8) LADA


Lada yang berwarna warni seperti hijau,kuning,jingga dan merah bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia juga membantu mencegah kedutan memandangkan lada mengandungi Karotenoid (antioksidan dalam lada). Selain itu,ia mengurangkan kedutan supaya kulit wajah nampak lebih muda,baik dan sihat jika dimakan secara berterusan.

9) KACANG BADAM 


Asid lemak yang terdapat dalam makanan ini membantu mengekalkan membran sel dan membantu membuang toksin berbahaya dari tubuh.Ia membantu mengekalkan air yang diperlukan kulit supaya lebih sihat bukan saja di wajah,tetapi keseluruhan badan. Selain itu,minyak sihat dan lemak dalam kacang ini dikatakan sihat untuk jantung anda,mengekalkan berat badan yang mana semua orang inginkan.




No comments:

Post a Comment