Saturday, October 5, 2013
Saturday, September 28, 2013
Monday, September 23, 2013
Friday, September 13, 2013
STATUS HAMBA-WALI BAND
Wednesday, September 11, 2013
AURAT WANITA
video ini tentang aurat seorang wanita iaitu dari segi suara & juga anggota badan.Bagaimana aurat wanita antara wanita bukan islam juga dibincangkan disini. selamat menonton!
Friday, September 6, 2013
lirik lagu ost asmara luna
Cinta dan Airmata - Bahrain
Sayup lagumu iring hatiku
waktu berjalan hanya diriku
lirik bisikanmu
lembut pelukanmu
Hanya tinggal kenangan bagiku
sepi menari menemaniku
air mata tak henti rinduku
Hanya ada aku
ku tanpa dirimu
kan ku simpan cintaku untukmu
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
Kaulah cinta dan airmataku
hanyalah dirimu
aku cinta kepada dirimu
aku cintamu
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
aku cintamu
Aku jatuh cinta padamu
kaulah cinta terakhirku
Tuesday, September 3, 2013
Kahwin sudah Nikah belum-semanis kurma
Ada segelintir anak muda yang sanggup duduk sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
1 ) elak 4 P:
- jangan pandang lebih-lebih
- jangan pegang
- peluk.
- perzinaan
2) Kepada yang terlibat amalkan 5 H :
- hati berubah kerana Allah
- hampiri orang-orang positif-hadir majlis ilmu
- hindari kwn lama
- hajat
- hijrah
doa lembut hati-surah toha ayat1-5,surah al-Jin ayat 2
Pasangan 10-Semanis Kurma
Pasangan 10 mengenai perubahan fizikal seseorang sebelum & selepas berkahwin.Bukan paras rupa yang dipandang Allah tetapi hati kita.Kebahagian bukan terletak pada fizikal tetapi pada ketenangan hati.Hati yang ikhlas pasti dibalas.. :)
Monday, September 2, 2013
TAK KENAL MAKA TAK BENCI
Video ini membincangkan tentang musuh utama manusia iaitu syaitan dalam konteks yang lebih kecil iaitu dalam rumahtangga.
Misi syaitan:
1) memberi keselesaan kepada orang bujang supaya tidak berkahwin
2) memisahkan pasangan suami isteri
3) menjadikan manusia hidup dalam permusuhan & kebencian
3 pintu utama syaitan akan goda:
1) pintu syahwat
2) pintu kelalaian
3) pintu kejahilan & kebodohan
3 sifat yang sangat mengecewakan syaitan:
1) golongan yang jiwa tauhidnya tinggi
2) golongan yang letakkan segala puji bagi Allah
3) golongan yang sentiasa rasa bersalah kepada Allah.
# sebelum masuk rumah,pastikan anda membaca bismillah terlebih dahulu.
Teruskan menonton ceramah ini untuk mengetahui kisah-kisah selanjutnya yang sangat menarik hati yang berkisarkan tentang kehidupan manusia & syaitan daripada Ustazah Norhafizah Musa & juga suaminya.
<SELAMAT MENONTON>
Sunday, September 1, 2013
9 MAKANAN KULIT MUKA
Siapa yang tidak mahu kulit muka yang cantik bersih,mulus gebu dan pastinya membuatkan setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita tertawan.Sebenarnya,bukan sahaja luaran yang perlu diberi perhatian,tetapi faktor kecantikan dalaman itulah sebenarnya yang membangkitkan aura seri secara semulajadi tanpa perlu menggunakan produk berjenama dan dijual pada harga yang terlalu mahal.Jadi,apa kata anda cuba beberapa makanan yang boleh dijadikan sebagai rutin harian untuk kecantikan berpanjangan.
1) BERI
Vitamin C adalah faktor penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan buah beri memilikinya.Daripada buah strawberi hinggalah kepada buah beri hitam,vitamin yang terkandung didalamnya akan membantu membina gentian kolagen supaya kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan juga sangat tinggi dalam buah beri selain membantu mengatasi masalah keradangan sama ada anda mengambil smoothie beberapa strawberi setiap hari,ia mencukupi untuk mendapatkan sumber kulit yang sihat.
2) BIJIRIN
Buah ini bukan sahaja digunakan dalam banyak produk muka,tetapi kulit serta buah avokado sangat tinggi dengan vitamin B. Niacin (b-3) yang terkandung didalamnya membantu mendapatkan kulit licin,sihat,mengatasi kulit gatal,merah atau bengkak.Jika anda ingin mencuba, anda boleh menjadikan ia salad,smoothie atau sebagai rawatan muka.Bahan-bahan semula jadi di dalam avokado itu membantu dalam penampilan keseluruhan kulit anda.
1) BERI
Vitamin C adalah faktor penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan buah beri memilikinya.Daripada buah strawberi hinggalah kepada buah beri hitam,vitamin yang terkandung didalamnya akan membantu membina gentian kolagen supaya kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan juga sangat tinggi dalam buah beri selain membantu mengatasi masalah keradangan sama ada anda mengambil smoothie beberapa strawberi setiap hari,ia mencukupi untuk mendapatkan sumber kulit yang sihat.
2) BIJIRIN
Walaupun bijirin rendah pada indeks glisemik ini menyebabkan kenaikan gula dalam darah,tetapi ia juga membantu dalam mengekalkan awet muda,penampilan yang sihat di saat anda berusaha menjaga kulit.
3) KENTANG
Kentang memberikan jumlah nutrien yang diperlukan oleh badan.Kandungan zink yang tinggi dan vitamin C turut membantu dalam mewujudkan lebih banyak elastin dalam kulit,memberikan kulit muda,sihat dan cergas setiap masa.
4) MANGGA
membantu mengekalkan kulit dah wajah keseluruhan kerana tahap antioksidan yang tinggi membantu melawan radikal bebas.Bermakna anda tidak akan mengalami masalah kulit pramatang atau penuaan kulit pada usia muda.
5) YOGURT
Protien yang tinggi di dalam yogurt membantu menjadikan kulit lebih anjal. Yogurt Yunani dikatakan sangat bagus kerana mengandungi lebih daripada 2x ganda jumlah protien dan tinggi serat sebagai campuran tetap yogurt yang anda makan.Sebagai manfaat tambahan,terdapat beberapa perisa yang hebat dan anda boleh menjadi kreatif dengan menambah beberapa buah beri atau madu untuk rasa lebih sedikit.
6) AVOKADO
7) KEJU COTTAGE
Ia mengandungi Selenium dan Vitamin E, yang dapat membantu melawan radikal bebas serta menyediakan antioksidan yang tinggi untuk mendapatkan kulit sihat. Ada juga laporan mendakwa keju cottage boleh membantu mencegah beberapa jenis barah jika dimakan sebagai sebahagian daripada pelan diet yang sihat.
8) LADA
Lada yang berwarna warni seperti hijau,kuning,jingga dan merah bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia juga membantu mencegah kedutan memandangkan lada mengandungi Karotenoid (antioksidan dalam lada). Selain itu,ia mengurangkan kedutan supaya kulit wajah nampak lebih muda,baik dan sihat jika dimakan secara berterusan.
9) KACANG BADAM
Asid lemak yang terdapat dalam makanan ini membantu mengekalkan membran sel dan membantu membuang toksin berbahaya dari tubuh.Ia membantu mengekalkan air yang diperlukan kulit supaya lebih sihat bukan saja di wajah,tetapi keseluruhan badan. Selain itu,minyak sihat dan lemak dalam kacang ini dikatakan sihat untuk jantung anda,mengekalkan berat badan yang mana semua orang inginkan.
LAGU OST KAMPUNG GIRL TV3
LAGU SEDIA BERCINTA LAGI
SIHIR CINTA -SEMANIS KURMA
SIHIR CINTA PART 1
SIHIR CINTA PART 2
OST DIANDRA TV3
LAGU BE MINE
LAGU JADIAN
Misteri Jodoh-semanis kurma
4 faktor mencari jodoh
1) keturunan
2) kecantikan
3) harta
4) agama
pilihlah faktor agama lebih utama.
1) keturunan
2) kecantikan
3) harta
4) agama
pilihlah faktor agama lebih utama.
- panduan kepada yang belum mendirikan rumahtangga untuk mendapat isteri/suami yang bertaqwa kepada Allah.
- Doa ringan jodoh-surah yusuf ayat 4,surah al-anbia' ayat 89,surah Al-Qasas ayat 24,
Ganti Puasa
Pada tahun lepas,saya tidak sempat habis mengganti puasa,adakah saya perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pada tahun ini?Ataupun hanya perlu membayar fidyah?
jawapan:
sekiranya saudari tidak sempat ganti puasa tahun lepas,bermakna saudari wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah.tetapi wajib membayar fidyah di samping menggantikan puasa itu sebanyak secupak beras bagi sehari yang ditinggalkan.

Friday, August 30, 2013
KEK COKLAT LEMBAB
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baiking powder
1 susu kecil bikarbonat
3/4 cawan koko
cara -caranya:
1) Ayak tepung bersama baiking powder,soda bikarbonat & serbuk koko
2) Pukul telur dan gula sekejap sahaja (2 minit)
3) masuk susu cair & tepung,baiking powder,soda bikarbonat & serbuk koko yang diayak kedalam adunan (sedikit demi sedikit) .
4) masuk minyak masak & air panas
5) sapu minyak pada loyang & bakar 165 C selama 40 minit.
Thursday, August 29, 2013
forum cinta
nasyid bisikan nurani (in-team)
bila baju melayu bertemu baju kurung part 1
Bila baju melayu bertemu baju kurung part 2
Khasiat Air kelapa
Air kelapa dapat membantu tangani pelbagai masalah kesihatan & penyakit.Sejak dahulu,minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.Lebih istimewa,air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.
Fakta
- Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun -Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut,namun ia bersifat sementara.
- minum air kelapa awet muda - Air kelapa mengandungi vitamin c yang baik untuk kesegaran kulit.
- Air kelapa membuat badan lemah- Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat,asid amino,vitamin dan ion yang memberi tenaga.
- Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi - Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.
- Jika ibu hamil minum air kelapa,kulit bayi yang lahir akan putih- Tidak ada kajian khasiat itu.Kulit bayi selalunya mengikut keturunan.
- Lelaki minum air kelapa lemah syahwat - secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.
- Air kelapa penyebab sakit jantung- Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah & meningkatkan kesihatan jantung.
- Jangan minum air kelapa ketika diet - Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana membuatkan kegemukan adalah santan & isi kelapa.
- Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut - Hamil atau tidak minum air kelapa memang menyegarkan.
Tip menghadapi peperiksaan
Berikut adalah beberapa peringatan kepada pelajar dalam proses persediaan menghadapi peperiksaan.
1) Elakkan membaca keterlaluan sehingga mengganggu masa rehat dan tidur anda.
2) Selesaikan masalah dan kerja yang dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran.
3) Belajar dengan hati yang tenang & lapang.
4) Disiplinkan diri ( jadualkan masa belajar dan aktiviti luar) supaya anda tidak membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.
5) Elakkan memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda berasa letih atau mengantuk.
6) Bagi mata pelajaran yang memerlukan latihan seperti matematik dan lain-lain,perbanyakan latihan & bukan hafalan.
7) Rajinlah bertanya & berbincang dengan rakan yang lebih mengetahui atau merujuk terus kepada guru.
8) Elakkan diri daripada bersikap menangguh kerja serta jauhi perbuatan meniru.
9) Setelah mendapat nota daripada guru,sebaik-baiknya terus mengulangkaji.
Semoga tip yang diberikan ini mampu membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan baik.Jangan mengabaikan peperiksaan yang disediakan oleh pihak sekolah.semoga berjaya!

"SELAMAT MAJU JAYA"
Wednesday, August 28, 2013
HUKUM UCAPAN TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA
SOALAN
Apakah hukum mengucapkan tahniah mengambil sempena sambutan hari raya?
JAWAPAN
mengucapkan tahniah bersempena dengan ketibaan bulan Syawal atau ucapan Selamat Hari Raya boleh dianggap termasuk dalam kes adat kebiasaan setempat.Di sini,tidak diketahui sebarang dalil yang mengharamkan perbuatan mengucapkan tahniah sempena dengan masuknya bulan Syawal atau Ramadhan.Seseorang Muslim mengucapkan tahniah kepada rakannya kerana mendapat perkara yang baik disyariatkan.

PETUA MENGURANGKAN GULA
1) Ambil kurang daripada 6-8 sudu,termasuk gula tersembunyi dalam makanan.
2) Pilih produk dengan kandungan gula yang rendah atau dilabel sebagai 'tiada gula tambahan'
3) Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut atau snek
4) Minum banyak air kosong dan teh cina
5) Kurangkan minuman manis dan berkarbonat
6) Elak penambahan susu pekat manis ke dalam minuman serta mengurangkan gula dalam resepi.

Tuesday, August 27, 2013
DIET SODA
"TIADA MASALAH MINUM TETAPI PERLU HAD PENGAMBILAN"
Minuman soda dikatakan menjadi kegemaran hampir setiap orang di dunia.Justeru, tidak hairan pelbagai jenis minuman soda dihasilkan di pasaran termasuk yang tidak mengandungi gula atau disebut diet soda.
Sehingga timbul pandangan umum masyarakat,diet soda sesuai untuk amalan diet dan pengganti kepada minuman soda kerana tiada gula serta bebas kalori.

MURTABAK MEE SEGERA
Resepi ni tengok kat tv td.Rasanya macam senang tapi blum cuba lagi.hehe....Nampak mudah dan senang je nak buat.Masa diorang makan tu rasa macam sedap je.tu nak kongsi kat sini ni.Boleh lah awak suma cuba yer..Jom mulakan.
ROTI KAYA BERSALUT TELUR
Resepi ni mudah dan ringkas je.sesuai untuk orang bujang dan juga yang sudah bekeluarga.Hidangan sesuai dimakan pada waktu petang atau waktu sarapan.JOM TRY!!
TIP MENDAPATKAN BULU MATA TEBAL DAN CANTIK
- Sapukan minyak zaitun atau Petroleum Jelly pada kelopak mata setiap malam dan biarkan semalaman.Cuci keesokan hari dan lakukan selama beberapa hari untuk mendapatkan hasilnya.
- Sapukan vitamin E pada mata dan sisir bulu mata dari pangkal hingga hujung menggunakan sikat khas.
- Minum multivitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata,misalnya vitamin E atau banyak makan kekacang dan sayuran hijau.
- Rajin menyikat bulu mata setiap hari agar terhindar daripada debu dan kotoran yang melekat serta maskara yang tertinggal.
CANTIK TAPI BAHAYA
Petang-petang baca surat khabar,terjumpa satu artikel yang agak menarik yang mungkin pembaca diluar sana juga perlu tahu info ini.Di kolum HIAS Berita Harian terdapat artikel mengenai beberapa jenis pokok yang sepatutnya dielakkan ditanam untuk menjadi hiasan dalaman kerana ia boleh membahayakan kesihatan,malah ada yang boleh membawa maut.
pokok bahaya yang perlu dielak untuk ditanam/dijadikan hiasan dalaman ialah:
pokok bahaya yang perlu dielak untuk ditanam/dijadikan hiasan dalaman ialah:
Monday, August 26, 2013
BISKUT SUJI DELIMA
(sumber: belakang kotak nestle cornflakes)
BAHAN-BAHAN
100 g gula kastor
200 g tepung gandum
200 g nestle cornflakes dikisar halus
B 160 g- 180g Minyak sapi
350 g Jem strawberi
CARA MEMBUATNYA:
1) Gaulkan bahan-bahan A dengan sebati
2) Tambahkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut
3) Bentukkan doh kepada bebola 2cm dan leperkan sedikit dengan tapak tangan.
4) Dengan menggunakan jari bentukkan lekuk di bahagian tengah doh dan isikan dengan 1/4 sudu teh jem strawberi.
5) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 c selama 15 minit atau sehingga perang.
BISCUITS CHOCOLATE CHERRY CUPS
Baru-baru ni sebelum tiba musim raya,kami pun buat la biskut raya.kalau dah buat biskut tu mesti beli nestle conflakes punya la!.selalunya musim perayaan ada resepi biskut di belakang kotak nestle conflakes tu.so, saya pun try la wat biskut tu.tapi sirap emas tak ade.saya gantikan dengan susu sehingga adunan tu rasa manis.(sukatan ikut suka je).Biskut ni sedap dan rangup.habis sebelum raya lagi!haha.laku sangat biskut ni.saya kongsikan resepi ni,try la buat biskut ni yer........selamat mencuba.
(sumber: belakang kotak nestle cornflakes)
(sumber: belakang kotak nestle cornflakes)
Subscribe to:
Posts (Atom)