Friday, August 30, 2013

KEK COKLAT LEMBAB




Bahan-bahan

2           biji telur
1 1/2     cawan   gula pasir
3/4        cawan   minyak masak
1           cawan   susu cair
1           cawan   air panas
1 3/4     cawan    tepung gandum
1          sudu kecil  baiking powder
1          susu kecil  bikarbonat
3/4        cawan    koko

cara -caranya:

1) Ayak tepung bersama baiking powder,soda bikarbonat & serbuk koko
2) Pukul telur dan gula sekejap sahaja (2 minit)
3) masuk susu cair & tepung,baiking powder,soda bikarbonat & serbuk koko yang diayak kedalam adunan (sedikit demi sedikit) .
4) masuk minyak masak & air panas 
5) sapu minyak pada loyang & bakar 165 C selama 40 minit.

Thursday, August 29, 2013

forum cinta



nasyid bisikan nurani (in-team)
                                                                                         

bila baju melayu bertemu baju kurung part 1



Bila baju melayu bertemu baju kurung part 2


lagu Dia ost love in paris


Khasiat Air kelapa

Air kelapa dapat membantu tangani pelbagai masalah kesihatan & penyakit.Sejak dahulu,minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.Lebih istimewa,air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Info mengenai air kelapa.Antara fakta dan mitos.

Fakta

  • Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun -Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut,namun ia bersifat sementara.
  • minum air kelapa awet muda - Air kelapa mengandungi vitamin c yang baik untuk kesegaran kulit.
Mitos 
  • Air kelapa membuat badan lemah- Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat,asid amino,vitamin dan ion yang memberi tenaga.
  • Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi - Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.
  • Jika ibu hamil minum air kelapa,kulit bayi yang lahir akan putih- Tidak ada kajian khasiat itu.Kulit bayi selalunya mengikut keturunan.
  • Lelaki minum air kelapa lemah syahwat - secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.
  • Air kelapa penyebab sakit jantung- Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah & meningkatkan kesihatan jantung.
  • Jangan minum air kelapa ketika diet - Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana membuatkan kegemukan adalah santan & isi kelapa.
  • Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut - Hamil atau tidak minum air kelapa memang menyegarkan.

Tip menghadapi peperiksaan

Berikut adalah beberapa peringatan kepada pelajar dalam proses persediaan menghadapi peperiksaan.

1) Elakkan membaca keterlaluan sehingga mengganggu masa rehat dan tidur anda.

2) Selesaikan masalah dan kerja yang dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran.

3) Belajar dengan hati yang tenang & lapang.

4) Disiplinkan diri ( jadualkan masa belajar dan aktiviti luar) supaya anda tidak membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.

5) Elakkan memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda berasa letih atau mengantuk.

6) Bagi mata pelajaran yang memerlukan latihan seperti matematik dan lain-lain,perbanyakan latihan & bukan hafalan.

7) Rajinlah bertanya & berbincang dengan rakan yang lebih mengetahui atau merujuk terus kepada guru.

8) Elakkan diri daripada bersikap menangguh kerja serta jauhi perbuatan meniru.

9) Setelah mendapat nota daripada guru,sebaik-baiknya terus mengulangkaji.

Semoga tip yang diberikan ini mampu membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan baik.Jangan mengabaikan peperiksaan yang disediakan oleh pihak sekolah.semoga berjaya!



  "SELAMAT MAJU JAYA"

Wednesday, August 28, 2013

HUKUM UCAPAN TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

SOALAN

Apakah hukum mengucapkan tahniah mengambil sempena sambutan hari raya?

JAWAPAN

mengucapkan tahniah bersempena dengan ketibaan bulan Syawal atau ucapan Selamat Hari Raya boleh dianggap termasuk dalam kes adat kebiasaan setempat.Di sini,tidak diketahui sebarang dalil yang mengharamkan perbuatan mengucapkan tahniah sempena dengan masuknya bulan Syawal atau Ramadhan.Seseorang Muslim mengucapkan tahniah kepada rakannya kerana mendapat perkara yang baik disyariatkan.

PETUA MENGURANGKAN GULA

1) Ambil kurang daripada 6-8 sudu,termasuk gula tersembunyi dalam makanan.

2) Pilih produk dengan kandungan gula yang rendah atau dilabel sebagai 'tiada gula tambahan'

3) Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut atau snek

4) Minum banyak air kosong dan teh cina

5) Kurangkan minuman manis dan berkarbonat

6) Elak penambahan susu pekat manis ke dalam minuman serta mengurangkan gula dalam resepi.

pencuci mulut/snek



Tuesday, August 27, 2013

DIET SODA

                 "TIADA MASALAH MINUM TETAPI PERLU HAD PENGAMBILAN"

Minuman soda dikatakan menjadi kegemaran hampir setiap orang di dunia.Justeru, tidak hairan pelbagai jenis minuman soda dihasilkan di pasaran termasuk yang tidak mengandungi gula atau disebut diet soda.
Sehingga timbul pandangan umum masyarakat,diet soda sesuai untuk amalan diet dan pengganti kepada minuman soda kerana tiada gula serta bebas kalori.

MURTABAK MEE SEGERA

Resepi ni tengok kat tv td.Rasanya macam senang tapi blum cuba lagi.hehe....Nampak mudah dan senang je nak buat.Masa diorang makan tu rasa macam sedap je.tu nak kongsi kat sini ni.Boleh lah awak suma cuba yer..Jom mulakan.

ROTI KAYA BERSALUT TELUR

Resepi ni mudah dan ringkas je.sesuai untuk orang bujang dan juga yang sudah bekeluarga.Hidangan sesuai dimakan pada waktu petang atau waktu sarapan.JOM TRY!!

TIP MENDAPATKAN BULU MATA TEBAL DAN CANTIK


  • Sapukan minyak zaitun atau Petroleum Jelly pada kelopak mata setiap malam dan biarkan semalaman.Cuci keesokan hari dan lakukan selama beberapa hari untuk mendapatkan hasilnya.

  • Sapukan vitamin E pada mata dan sisir bulu mata dari pangkal hingga hujung menggunakan sikat khas.

  • Minum multivitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata,misalnya vitamin E atau banyak makan kekacang dan sayuran hijau.

  • Rajin menyikat bulu mata setiap hari agar terhindar daripada debu dan kotoran yang melekat serta maskara yang tertinggal.

Jom Taubat,Itu Ubat


CANTIK TAPI BAHAYA

Petang-petang baca surat khabar,terjumpa satu artikel yang agak menarik yang mungkin pembaca diluar sana juga perlu tahu info ini.Di kolum HIAS Berita Harian terdapat artikel mengenai beberapa jenis pokok yang sepatutnya dielakkan ditanam untuk menjadi hiasan dalaman kerana ia boleh membahayakan kesihatan,malah ada yang boleh membawa maut.

pokok bahaya yang perlu dielak untuk ditanam/dijadikan hiasan dalaman ialah:

Monday, August 26, 2013

BISKUT SUJI DELIMA

                                            (sumber: belakang kotak nestle cornflakes)
BAHAN-BAHAN


A     Secubit                Garam
       100 g                   gula kastor
       200 g                   tepung gandum
       200 g                   nestle cornflakes dikisar halus

B    160 g- 180g           Minyak sapi
      350 g                    Jem strawberi




CARA MEMBUATNYA:

1) Gaulkan bahan-bahan A dengan sebati
2) Tambahkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut
3) Bentukkan doh kepada bebola 2cm dan leperkan sedikit dengan tapak tangan.
4) Dengan menggunakan jari bentukkan lekuk di bahagian tengah doh dan isikan dengan 1/4 sudu teh jem strawberi.
5) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 c selama 15 minit atau sehingga perang.

BISCUITS CHOCOLATE CHERRY CUPS

Baru-baru ni sebelum tiba musim raya,kami pun buat la biskut raya.kalau dah buat biskut tu mesti beli nestle conflakes punya la!.selalunya musim perayaan ada resepi biskut di belakang kotak nestle conflakes tu.so, saya pun try la wat biskut tu.tapi sirap emas tak ade.saya gantikan dengan susu sehingga adunan tu rasa manis.(sukatan ikut suka je).Biskut ni sedap dan rangup.habis sebelum raya lagi!haha.laku sangat biskut ni.saya kongsikan resepi ni,try la buat biskut ni yer........selamat mencuba.


                                      (sumber: belakang kotak nestle cornflakes)