pokok bahaya yang perlu dielak untuk ditanam/dijadikan hiasan dalaman ialah:
1) Diieffenbachia Exotica
(sumber : Berita Harian)
Ada juga yang menyatakan toksik yang terhasil daripada pokok ini boleh mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk bercakap.Jadi,elakkan anak-anak kecil menyentuh pokok ini.Jika anda menyentuh pokok ini pastikan bahagian badan dibasuh dengan sebaiknya dan sekiranya terkena getah pokok ini,bersihkan dengan air dan sabun.
Jika tertelan,minum banyak air atau susu kerana ia dapat melarutkan toksik dalam pokok ini.Pastikan anda mendapat rawatan perubatan dengan segera.Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk rawatan gout.Ia juga digunakan sebagai racun anak panah.
2) Nerium Oleander
(sumber : Berita Harian)
Ia menjadi ramuan tradisi untuk meracun serangga,tikus,juga dipercayai ia digunakan dalam rawatan tradisonal bagi mengubati sakit perut,demam,penyakit malaria,kusta,penyakit kelamin dan menggugurkan kandungan selain sebagai ubat cacing.Pokok ini adalah famili Apocynaceae dan penduduk tempatan memanggilnya sebagai Anis dan pedendang,namun lebih dikenali sebagai rose-bay,nerium indicum,nerium odorum dan laurier rose.
Sehelai daun apabila termakan boleh menyebabkan kematian.Tanda keracunan berlaku setelah beberapa jam termakan, diantaranya ialah rasa loya,muntah,sakit perut,tekanan darah yang rendah,pening,sawan,denyutan jantung yang cepat,berpeluh,serangan penyakit jantung dan koma seterusnya boleh membawa kepada kematian.
3) Euphobia
(sumber : Berita Harian)
Pokok tetulang atau nama sains euphorbia tirucalli adalah poko renek yang tumbuh dikawasan separa kering cuaca tropika.Pokok tetulang menghasilkan susu getah yang boleh ditukarkan menjadi gasolin.Penggunaan ini amat menarik,kerana ia membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai bagi tumbuhan lain.
Getahnya juga dikatakan boleh mengubat ketuat,namun kena tahu cara penggunaannya keran akalau tidak berhati-hati boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang pada kulit.Elakkan menanam pokok ini dalam kediaman jika ada anak kecil dan haiwan peliharaan,
4) Peace Lily
(sumber : Berita Harian)
Pokok ini dikatakan membawa 'Feng Shui' baik untuk kediaman.Namun, peace Lily atau nama saintifiknya Spathiphyllum mengandungi toksik dan jika termakan daun atau batangnya dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan keracunan dan sesetengah kes boleh menyebabkan kematian.
5) Jathropa podagrica
(Sumber : Berita Harian)
Juga dikenali sebagai pokok jarak bunting.Ia mengeluarkan bunga dengan tangkai bunganya berwarna merah dan bentuknya seperti batu karang,Biji pokok jarak bunting ini beracun.Keseluruhan pokok ini mempunyai toksik.





No comments:
Post a Comment