Wednesday, August 28, 2013

HUKUM UCAPAN TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

SOALAN

Apakah hukum mengucapkan tahniah mengambil sempena sambutan hari raya?

JAWAPAN

mengucapkan tahniah bersempena dengan ketibaan bulan Syawal atau ucapan Selamat Hari Raya boleh dianggap termasuk dalam kes adat kebiasaan setempat.Di sini,tidak diketahui sebarang dalil yang mengharamkan perbuatan mengucapkan tahniah sempena dengan masuknya bulan Syawal atau Ramadhan.Seseorang Muslim mengucapkan tahniah kepada rakannya kerana mendapat perkara yang baik disyariatkan.



      Dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim daripada Ka'ab bin Malik tentang kisah tiga orang yang tercicir tidak pergi berperang dalam perang Tabuk,sewaktu turun ayat tentang taubat mereka,para sahabat dan yang lain mengucapkan tahniah kepada mereka.
      Sementara itu,dalam kes Ramadhan atau Syawal,tidak syak lagi bahawa bulan tersebut merupakan antara bulan yang menggembirakan orang Islam.Orang Islam akan gembira dengan nikmat Allah Taala yang diberikan kepada mereka.Bahkan pada bulan Ramadhan dan sebagai contoh,merupakan bulan nikmat yang mana Allah melimpahkan keberkatan dan kerahmatan pada bulan tersebut.

No comments:

Post a Comment