Thursday, August 29, 2013

Khasiat Air kelapa

Air kelapa dapat membantu tangani pelbagai masalah kesihatan & penyakit.Sejak dahulu,minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.Lebih istimewa,air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Info mengenai air kelapa.Antara fakta dan mitos.

Fakta

  • Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun -Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut,namun ia bersifat sementara.
  • minum air kelapa awet muda - Air kelapa mengandungi vitamin c yang baik untuk kesegaran kulit.
Mitos 
  • Air kelapa membuat badan lemah- Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat,asid amino,vitamin dan ion yang memberi tenaga.
  • Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi - Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.
  • Jika ibu hamil minum air kelapa,kulit bayi yang lahir akan putih- Tidak ada kajian khasiat itu.Kulit bayi selalunya mengikut keturunan.
  • Lelaki minum air kelapa lemah syahwat - secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.
  • Air kelapa penyebab sakit jantung- Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah & meningkatkan kesihatan jantung.
  • Jangan minum air kelapa ketika diet - Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana membuatkan kegemukan adalah santan & isi kelapa.
  • Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut - Hamil atau tidak minum air kelapa memang menyegarkan.

No comments:

Post a Comment