"TIADA MASALAH MINUM TETAPI PERLU HAD PENGAMBILAN"
Minuman soda dikatakan menjadi kegemaran hampir setiap orang di dunia.Justeru, tidak hairan pelbagai jenis minuman soda dihasilkan di pasaran termasuk yang tidak mengandungi gula atau disebut diet soda.
Sehingga timbul pandangan umum masyarakat,diet soda sesuai untuk amalan diet dan pengganti kepada minuman soda kerana tiada gula serta bebas kalori.
"walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada diet soda,air kosong adalah minuman terbaik untuk mereka yang berdiet.Sikap ini harus dipupuk setiap kali anda menikmati hidangan diluar mahupun di rumah"
(Rafidah othman,Pegawai Dietetik PPUM)
Keburukan minuman diet soda
1) Fungsi buah pinggang akan merosot disebabkan oleh pemanis yang digunakan jika mengambil 2 tin sehari.
2) satu tin sehari mengganggu metabolisme sekaligus menyebabkan lambakan lemak di pinggang dan menyumbang sakit jantung.
3) Pemanis tiruan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti
4) Bagi yang mengambil alkhohol dan diet,alkhohol akan cepat meresap dalam darah kerana campuran tidak bergula dan menyebabkan mabuk yang teruk.
5) Minuman diet mengandungi sodium benzoate atau potassium benzoate yang menyebabkan kerosakan teruk kepada sel DNA.
6) Minuman diet sangat berasid dengan pH 3.2,ia mampu menghakis atau melarutkan enamel gigi.
7) Minuman ringan sama ada diet atau tidak disalut dengan Bisphenol A (BPA) yang dikaitkan dengan penyakit jantung,obesiti hingga masalah reproduktif.
No comments:
Post a Comment