Thursday, August 29, 2013

Tip menghadapi peperiksaan

Berikut adalah beberapa peringatan kepada pelajar dalam proses persediaan menghadapi peperiksaan.

1) Elakkan membaca keterlaluan sehingga mengganggu masa rehat dan tidur anda.

2) Selesaikan masalah dan kerja yang dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran.

3) Belajar dengan hati yang tenang & lapang.

4) Disiplinkan diri ( jadualkan masa belajar dan aktiviti luar) supaya anda tidak membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.

5) Elakkan memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda berasa letih atau mengantuk.

6) Bagi mata pelajaran yang memerlukan latihan seperti matematik dan lain-lain,perbanyakan latihan & bukan hafalan.

7) Rajinlah bertanya & berbincang dengan rakan yang lebih mengetahui atau merujuk terus kepada guru.

8) Elakkan diri daripada bersikap menangguh kerja serta jauhi perbuatan meniru.

9) Setelah mendapat nota daripada guru,sebaik-baiknya terus mengulangkaji.

Semoga tip yang diberikan ini mampu membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan baik.Jangan mengabaikan peperiksaan yang disediakan oleh pihak sekolah.semoga berjaya!



  "SELAMAT MAJU JAYA"

No comments:

Post a Comment